Sekolah
Kebangsaan Seri Mendapat adalah lebih kurang 42km dari Bandar Melaka, 12km dari
Bandar Jasin serta Pekan Merlimau. Sekolah ini terletak di sebuah kampung
Melayu lama bernama SEMUJUK. Kampung Semujuk terletak berhampiran dengan
kawasan penempatan semula petani di bawah anjuran FELCRA.
Sekolah
Kebangsaan Seri Mendapat telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk
kampung pada 11 Januari 1959. Ianya dipelopori oleh Allahyarham Datuk Sidang
Ibrahim bin Haji Md. Zin dengan disokong oleh Allahyarham Penghulu Md. Natar
bin Mohd Ghani. Bangunan asalnya berdindingkan kayu dan beratapkan rumbia.
Bangunan
asalnya mempunyai dua bilik darjah dan muridnya seramai 40 orang iaitu 21 murid
lelaki dan 19 perempuan. Tenaga pengajarnya hanya 2 orang iaitu Allahyarham
Cikgu Md. Dom bin Abdullah sebagai Guru Besar dan Allahyarham Cikgu Abd. Manan
bin Abdul Hamid sebagai penolongnya.