Social Icons

VISI DAN MISI

VISI SKSM

BERKUALITI DAN DIHORMATI 2015

Berkualiti dari segi akademik iaitu mendapatkan :
  1. 20% - 35% kesemua A dari sebarang keputusan peperiksaan dalaman atau luaran yang disertai pelajar.
  2. 70% dan ke atas sekurang-kurangnya mendapat keputusan C dalam semua peperiksaan yang disertai oleh pelajar.
  3. Memberi keutamaan kepada 60/40 iaitu 60% untuk menjurus ke Sains dan 40% ke arah Sastera.
  4. 95% dan ke atas- pelajar boleh membaca, mengira dan menulis.
  5. Menitikberatkan pelajar Tahap 1 terytama Tahun 1 dan 2 agar dapat menguasai 3M dengan baik diakhir tahun pembelajaran mereka di tahun tersebut.
  6. Berkualiti dalam pencapaian Ko-kurikulum- menyertai semua acara yang dianjurkan oleh JPM dan MSSMNM tetapi hanya menumpukan kepada acara yang difikirkan boleh memberi kejayaan kepada pelajar walaupun sedikit.
  7. Dihormati oleh masyarakat sekeliling, sekolah lain dan pihak lain dari segi akademik, akhlak, sahsiah, keperibadian serta persekitaran yang bersih, nyaman dan harmoni. (Semuanya berasaskan Falsafah Pendidikan Negara)

MISI SKSM

Bagi mencapai visi tersebut sekolah KAMI akan :

  1. Memastikan dan meningkatkan lagi tahap pengetahuan semua pelajar dengan banyak membaca buku ilmiah, surat khabar atau bahan yang difiukirkan baik dan membina secara pengawasan lebih rapi, latihan menulis, ujian pembacaan, pembinaan ayat dan sebagainya darui semasa ke semasa terutama di dalam Bahasa Inggeris.
  2. Mengkelaskan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut tahap cerdik, sederhana dan lemah serta memberi tumpuan dan bimbingan kepada pelajar tersebut mengikut tahap masing-masing.
  3. Memberi lebih banyak latihan dan kerja rumah terutama pelajaran kritikal seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mencapai 60%/40%.
  4. Menitikberatkan akhlak, memberi salam, hormat-menghormati, rajin dan bekerjasama.
  5. Menguruskan bantuan dan sebarang dokumen yang berkaitan dengan murid yang layak secara bersistematik, tepat, cepat dan adil.
  6. Menentukan persekitaran sentiasa bersih dan ceria.
  7. Mengikuti semua acara dalam MSSMNM tetapi lebih menumpukan acara yang difikirkan boleh membawa kejayaan.
  8. Setiap murid dalam Tahap 2 mesti mengikuti Persatuan dan Badan Beruniform serta memberi manfaat dan kegembiraan kepada pelajar tersebut. Jika terdapat ujian dalam pertubuhan tersebut hendaklah diambil oleh pelajar yang terlibat supaya dapat memberi pengalaman dan keseronokan.
  9. Menggalakkan guru dan kakitangan mengikuti sebarang latihan untuk mempertingkatkan sahsiah diri dan ilmu mereka.

No comments:

Post a Comment